Tuesday, September 29, 2009

Tugasan Topik Anatomi dan Fisiologi Tingkatan 6 Rendah Al-Idrisi

Tarikh pemberian tugasan : 29 Okt 2009
Tarikh penghantaran tugasan : 30 Okt 2009
Masa penghantaran tugasan: 10.20pg - 11.20pg

Skop tugasan:
1. Jelaskan perkembangan tulang dari aspek
A. Pembentukan tulang
B. Tumbesaran tulang

2. Jelaskan ciri-ciri otot rangka dibawah,
A. Keboleh ujaan
B. Keboleh panjangan
C. Keboleh pendekkan
D. Keboleh anjalan
E. Keboleh kuncupan

3. Lukis dan labelkan struktur otot rangka (Epimisium, Perimisium, Endomisium)

4. Jelaskan pergerakan di bawah
A. Fleksi
B. Ekstensi
C. Adduksi
D. Abduksi
E. Protraksi
F. Retraksi
G. Elevasi
H. Depresi
I. Rotasi
J. Pronasi
K. Supinasi
L. Inversi

Sunday, September 13, 2009

Komponen Kertas 1 Sains Sukan STPM (966/1)


Kertas 1 mengandungi soalan-soalan bagi tajuk Pengantar Sains Sukan, Anatomi dan Fisiologi, Pengurusan Kecederaan Sukan, Biomekanik sukan, Kejurulatihan Sukan dan Reakreasi dan Kesenggangan

Pembahagian soalan :

1. Terdapat 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B

2. Bahagian A terdiri daripada soalan berbentuk struktur/soalan pendek sebanyak 8 soalan dan perlu dijawab semua.

3. Bahagian A membawa markah sebanyak 40 markah

4. Bahagian B terdiri dari soalan berbentuk jawapan esei, sebanyak 8 soalan dan pelajar perlu memilih dan menjawab 4 soalan

5. Bahagian B membawa markah sebanyak 60 markah

6. Kertas 1 membawa wajaran dan membawa wajaran 50% dari 100%

Friday, September 11, 2009

Topik : Rekreasi dan Kesenggangan - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Definisi rekreasi (dalam dan luar berserta contoh) dan definisi kesenggangan (masa senggang, masa terluang, penggunaan masa lapang berserta contoh) - bahagian ini boleh disoal dalam bentuk langsung atau membuat banding beza dibahagian struktur

2. Definisi rekreasi fizikal, sukan, sosial, mental/linguistik, terapeutik (berserta dengan contoh) - boleh disoal dibahagian struktur.

3. Kesan, peranan/fungsi, nilai rekreasi secara umum - berpotensi untuk disoal dibahagian esei

4. Prosedur merancang program rekreasi dan kesenggangan - menubuhkan organisasi,perlaksanaan/implementasi, promosi, penilaian/post mortem (sila ikut kaedah FBC / fakta,bukti, cth untuk membuat huraian dibahagian esei) - berpotensi disoal dibahagian esei

Thursday, September 10, 2009

Topik : Kejurulatihan Sukan - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Definisi kejurulatihan sukan, falsafah kejurulatihan - penetapan matlamat yg jelas, falsafah kejayaan, berusaha, komited/komitmen, beretika, keseronokan/kepuasan, pembangunan personaliti (cari fakta, bukti & cth huraian bagi bahgian ini)

2. Peranan / tugas jutu latih : pendidik, pengajar, pendisplin, PRO, pekerja sosial, saintis, pelajar, rakan pembimbing cara(tumpukan bahagian ini utk soalan struktur / esei)

3. Etika seorang jurulatih (khusus utk bahagian esei, apa sahaja yg baik ia boleh diterima namun perlu dinyatakan mengikut fakta, bukti dan contoh untuk jawapan yang baik mengikut pengkhususan profession, kendiri)

4.Stail kejurulatihan : autokratik, demokratik, laissez faire, behaviouristik(boleh keluar dalam struktrur dan esei - berikan penekanan)

5. Prinsip2 latihan (perlu diingat)

6. Program latihan (periodisasi) dan perancangan latihan untuk individu cth untuk menangani masalah obesiti(perlu diingat, boleh keluar dalam bentuk esei dan struktur)

Topik : Biomekanik Sukan - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Definisi biomekanik sukan prinsip mekanikal dalam sukan - statik dan dinamik

2. Kaedah latihan - tradisional & kontemporari

3. Penilaian Analisis Kualitatif - Model Pemerhatian, Komprehesif, Intergrasi (fokuskan bahagian ini)

4. Peranan deria visual, auditori, proprioseptik haptik dalam sukan(kaitkan dengan sukan cth memanah - peranan deria visual menganggar jarak ,menetapan sasaran dsb, cth lain sukan olahraga - aksi reaksi semasa berlepas acara 100m apabila mendengar bunyi tembakan, cth lain peranan proprioseptik haptik dalam sukan gimnastik berpalang reseptor saraf pada tapak tangan berperanan mengesan tekanan berat tubuh untuk mengawal imbangan tubuh semasa berputar dipalang dan kaitannya dengan imbangan tubuh

5. Intergrasi deria visual, auditori dan proprioseptik haptik semasa sukan cth : sukan olahraga acara lari berpagar 110m(auditori :tembakan - aksi reaksi larian, ritma larian, visual:sasaran lompatan pada pagar, proprioseptik haptik : ransangan visual utk memberi maklumat kepada kaki untuk melangkah pagar)

6. Pengaruh berat/jisim pada prestasi atlit

7. Peranan inersia dalam sukan

8. Peranan daya dalam sukan

9. Projektile dan trajektori, faktor2 mempengaruhi projektile, cth projektile dalam sukan

10. Peranan geseran dalam sukan

11. Sistem tuas (fokus dan ingat bahagian ini)

12. Peranan kestabilan dalam sukan

13. Jadual banding beza kestabilan, ekuilibrium dan imbangan

Topik : Pengurusan Kecederaan Sukan - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)
1. Definisi pertolongan cemas/bantu mula, kaedah menghadapi kecemasan

2. Prosedur EMS

3. Jenis2 kecederaan (luka, patah, terseluh,terkehel,dislokas
i, pitam/pengsan)

4. Kecederaan disebabkan oleh haba (heat stroke, heat cramp, heat stress, heat syncope), faktor kecederaan berlaku dan langkah pencegahan kecederaan haba

5. Posedur CPR(pastikan ingat dan faham- kebarangkalian ada tinggi)

6. Prosedur rawatan BRABC, TOTAPS, RICE

7. Faktor yang menyebabkan kecederaan (intrinsik dan ekstrinsik), strategi/langkah pencegahan kecederaan

8.Rehabilitasi (kaedah rehab) / pemulihan - peranan JL, fisioterapis

9. Penyakit - demam, kulit, keracunan makanan

Topik : Pengantar Sukan - Kertas 1 STPM (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (1 soalan struktur & 1 soalan esei)

1. Definisi Sains Sukan, Dasar Sukan Negara, Program Sains Sukan Kebangsaan

2. Perbezaan dan persamaan antara Sains Sukan dengan PJK

3. Konsep Sains Sains Sukan - Sains Sukan Generik ( SS - utk Kecergasan, utk prestasi tinggi, utk sukan massa)

4. Matlamat Sains Sukan - pertumbuhan organan, fizikal, otot saraf & kemahiran, emosi & sosial, pembangunan insan)

5. Halatuju Sains Sukan - utk wanita, lelaki, kanak-kanak, oku, massa, warga emas & berprestasi tinggi

6. Peranan pengetahuan Sains Sukan dalam pembangunan sukan negara (12 jenis pengetahuan Sains Sukan)

7. Bagaimana sukan meningkatkan ekonomi negara?

8. Perkaitannya Sains Sukan dan bidang kerjaya

Penting :Sila buat pembacaan lebih tentang jenis-jenis sukan berprestasi tinggi untuk dijadikan contoh dalam jawapan

Tips Kepada Pelajar-Pelajar Sains Sukan SPM dan STPM Bagi Tahun 2009


Tips menjawab dan pemilihan soalan Sains Sukan bagi peringkat SPM dan STPM 2009 :

Apa2 pun mesti dimulakan dengan bismillah dan berdoa untuk mendapat keberkatan yang Maha Esa:)



1. Kuasai istilah2 dalam Sains Sukan, definisi umum topik dari setiap topik / tunjang

2. Memahami kata soalan dani kehendak soalan serta perlu bijak mngurus dan mengagihkan masa untuk menjawab soalan struktur dan esei

3. Menjawab berdasarkan markah yang diberi

4. Pilih dan jawab soalan yang anda ketahui dan yakin dengan jawapan

5. Tinggalkan soalan yang sukar dahulu

6. Sekiranya fakta-fakta utama terlupa fakta yang berkaitan, logik dan berkaitan akan diberi markah.

7. Bagi soalan esei teknik pengolahan adalah sangat penting dan diolah mengikut urutan kaedah FAKTA. BUKTI & CTH (FBC)

8. Kesilapan tatabahasa dalam pengolahan tidak akan menjejaskan markah.

9. Gambarajah, jadual, graf atau peta minda yang menyokong fakta-fakta yang anda berikan akan menambah markah.

10. Soalan esei yang mempunyai pecahan soalan seperti a) b) c) adalah lebih mudah berbanding dengan soalan yang tunggal.

11. Terdapat soalan yang mudah tetapi sukar untuk mendapatkan fakta-fakta perlu dielakkan.

12. Penggunaan istilah-istilah sains sukan adalah diwajibkan.

13. Sekiranya semasa menjawab soalan esei/struktur dan tiba-tiba anda mendapat idea atau fakta untuk soalan lain, catatkan fakta tersebut di soalan yang berkaitan agar tidak terlupa.

14. Gunakan pergerakan fizikal semasa menjawab untuk mendapat kepastian yang maksima untuk mendapatkan kepastian jenis pergerakan tersebut.

15. Gunakan bahasa yang mudah.

16. Sekiranya ada masa anda boleh menambah jawapan bagi soalan esei.

17. Tulisan hendaklah mudah dibaca, tidak berbunga-bunga dan digalakkan menggunakan pen berdakwat kering berwarna biru untuk mengelak daripada kerosakan kertas jawapan.


"SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN PEPERIKSAAN AWAM SPM & STPM"

Topik : Anatomi dan Fisiologi - Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1)


Ulangkaji / Latihan fokus untuk peperiksaan Sains Sukan K1 (966/1) sila tekankan topik dbawah utk bahagian struktur & esei (2 soalan struktur & 2 soalan esei)

1. Definisi anatomi dan fisiologi, sistem rangka - klasifikasi tulang, tumbesaran tulang, fungsi tulang, jenis2 tulang (lokasi tulang),jenis2 sendi sinovial dan pergerakan asas dan dalam sukan

2. sistem otot - klasifikasi otot(licin,kardiak,rangka - berserta ciri,cth dll), struktur otot(anatomi otot),fungsi otot, jenis2 otot (tumpukan otot yg terlibat dalam aksi dalam sukan/senaman cth bangkit tubi, tekan tubi, mengelecek bola hoki dsb)

3. Sistem saraf - fungsi dan struktrur saraf, persimpangan / transmisi sinap

4. deria mata - struktur dan penglihatan - laluan mata dan peranan mata dalam sukan

5. deria telinga - struktur dan pendengaran- laluan pendengaran dan peranan telinga kepada keseimbangan tubuh

6. sistem reproduktif - fungsi, struktur seks lelaki dan wanita