Tuesday, December 7, 2010

Tips untuk kertas peperiksaan Sains Sukan STPM Kertas 1 (966/1) bagi tahun 2010

Peperiksaan bagi kertas Sains Sukan kertas 1 akan berlangsung pada 8 Dis 2010. Kepada semua pelajar Sains Sukan STPM, mungkin sedikit tips yang diberikan dibawah mungkin boleh membantu.

1. Topik Pengantar Sukan
- Definisi SS
- Ciri perbezaan dan persamaan PJK & SS
- Konsep Sains Sukan generik (SS utk kecergasan, berprestasi tinggi & sukan masa)
- Halatuju SS (utk wanita, oku, kanak2, warga emas, berprestasi tinggi -ingatan sila cari contoh2 sukan yang tergolong dalam sukan berprestasi tinggi)
- disiplin ilmu

2. Topik Anatomi dan Fisiologi
- Definisi anatomi dan fisiologi
- Sistem intergumentari - anatomi & fungsi semasa bersenam)
- Sistem rangka (struktur tulang panjang, jenis2 tulang, fungsi tulang, jenis2 sendi dan jenis2 pergerakan)
-Sistem otot (jenis2 otot dan perbezaan setiap 1, anatomi otot rangka, fungsi otot rangka, nama2 otot)
- Sistem urinari - anatomi dan fungsi
- Deria - anatomi dan laluan penglihatan, anatomi telinga dan laluan pendengaran
- Sistem reproduktif - anatomi (sistem repro lelaki dan wanita)dan fungsi reproduktif

3. Topik Pengurusan Kecederaan Sukan (kemungkinan 2 soalan struktur dan 2 soalan esei)
- Definisi bantu mula / pertolongan cemas
- kaedah menghadapi kecemasan dan prinsip ems
- DRABC, TOPATS, RICE, CPR
- Definisi, gejala dan tanda - luka terbuka, pitam dan pengsan, patah dan terkehel,renjatan)
- Faktor intrinsik & ekstrinsik berlakunya kecederaan,faedah pemanasan badan dan gerak kendur
- Definisi, prinsip, objektif, individu/personel yang terlibat serta peranan personel, jenis2 pemulihan dalam pemulihan / rehabilitasi
- kecederaan disebabkan cuaca panas - jenis2, gejala dan tanda serta cara merawat / menggelakkannya
- masalah kesihatan - demam panas, keracunan makanan, penyakit kulit - terangkan sebaiknya apa, bgmana, gejala, tanda dan rawatan)

4. Topik Biomekanik Sukan
- Definisi biomekanik sukan dan prinsip mekanikal (kemungkinan soalan berulang)
- Teknik memperoleh kemahiran - kaedah tradisional & kontemporari)
- Jenis2 / model / kaedah analisis kualitatif - pemerhatian, komprehensif & berintergrasi (kemungkinan pecahan dalam esei)
- peranan deria lihat, auditori dan proprioseptik kinestatik dalam sukan
- Fasa analisis kualitatif berintergrasi
- sistem tuas
- Projektil dan trajektori
- kestabilan

5. Kejurulatihan Sukan (berkemungkinan 2 dua esei dan struktur)
- definisi kejurulatihan sukan
- falsafah
- peranan dan tugas jurulatih
- etika kejurulatihan - dari aspek profesion dan kendiri
- jenis-jenis kejurulatihan
- prinsip2 latihan
- Program latihan - Periodisasi : persediaan umum, khusus/spesifik,pra pertandingan, pertandingan, transisi (berpotensi besar utk disoal)

6. Rekreasi dan kesenggangan (berpotensi disoal dua kali dibahagian esei)
- Definisi rekreasi dan kesenggangan - skop rekreasi (luar dan dalam), jenis2 kesenggangan ( masa terluang, masa senggang dan masa lapang)
- Jenis2 rekreasi
- fungsi, kesan, implikasi penglibatan dalam program rekreasi - dari aspek individu, famili, masyarakat, sosial, tahap kesihatan, sosiobudaya, ekonomi dan negara.
- rancangkan satu contoh kertas kerja untuk melaksana 1 contoh program rekreasi

Selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment